Tuesday, December 13, 2011

Sea of Galilee akan kering (Part III)

Kedua, ialah Sea of Galilee akan kering. (penanda aras kedatangan Imam Mahdi & kemunculan Isa a.s)

Israel akan menguasai dunia dan Dajjal akan muncul menguasai dunia hanya apabila Sea of Galilee/Tasik Kinneret menjadi kering. Ia adalah laut/tasik yang terbesar dan menjadi sumber air di Tanah Suci. Berdasarkan ramalan saintis Yahudi (ramalan yang tidak berpandukan dengan hadis nabi), iaitu Sea of Galilea akan kering lebih kurang 30-40 tahun akan datang akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. (pendapat yang dikemukan Sheikh Imran dalam bukunya pula ialah ia akan kering kurang dari 50 tahun dari sekarang)

 Berapakah paras air itu sekarang? Adakah ia semakin surut? Sheikh Imran Hosein memberitahu bahawa beliau membaca Jerusalem Post setiap hari di Internet untuk mengetahui paras air di Laut Galilee. Sekarang paras airnya sangat rendah dan tidak pernah terjadi dalam sejarah. Buat pertama kalinya Israel mengistiharkan bahawa mereka menjangkakan air akan semakin pada musim panas ini sehinggalah air di Laut Galilee itu tidak boleh dijana lagi.

Berapa lama lagikah kita perlu tunggu untuk air itu kering? Sheikh Imran Hosein memberitahu bahawa beliau menganggarkan hanya sedikit masa saja lagi yang tinggal. Dan berapa banyak air lagi yang akan tersejat oleh matahari? Dan beliau membuat kesimpulan berdasarkan apa yang berlaku di Laut Galilee, ia tidak akan mengambil masa selama seratus tahun. Tidak mungkin. Ia hanya mengambil masa kurang dari 50 tahun untuk air di situ kering. Apabila air itu telah kering yang mana beliau percaya akan berlaku kurang daripada 50 tahun, dunia akan menyaksikan kemunculan Imam al-Mahdi dan apabila beliau muncul, Nabi Isa a.s akan diturunkan iaitu al-Massih yang sebenar! Apabila Nabi Isa a.s diturunkan, beliau akan membunuh Dajjal dan Yakjuj & Makjuj akan dihapuskan.

 Mengikut hadis yang saya petik tadi berkenaan dengan Sea of Galilee:

“…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat AIR di sini”…” (HR Muslim).



Sea of Galilee & Keluasannya

No comments:

Post a Comment