Monday, May 28, 2012

Sultan Muhammad Al-Fateh


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinopel di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 250,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Thursday, December 29, 2011

Misteri Pasukan Panji Hitam

Misteri pasukan panji hitam ,
Kemunculan yang dinanti ,
Kemunculan yang digeruni ,
Kemunculan yang pasti ,
Kemunculan yang masih misteri ,
Pasukan misteri yang siap siaga ,
Siang bagai kumpulan sang singa ,
Sedang malam merintih sengsara ,
Insafi akan kerdilnya jiwa .

Misteri pasukan panji hitam ,
Diburu dan juga terus memburu ,
Membakar jiwa setiap seteru ,
Berbekal iman , amal dan ilmu ,
Agar mereka menjadi debu .

Tanda Akhir Zaman di Makkah.

Didalam buku “The Caliphate, The Hejaz and the Saudi-Wahhabi Nation-State” karya Ulama’ terkenal, Sheikh Imran Hosein menegaskan bahawa antara punca runtuhnya Kerajaan Khilafah Islam terakhir di  Turki (Ottoman Empire) adalah disebabkan Kerajaan Saudi-Wahhabi. Proses untuk mengurangkan kuasa Islam di dunia adalah dengan memunculkan Tamadun Sekular Barat dengan meruntuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah didalam sistem kehidupan awam yang bernaung dibawah satu panji dan satu ameer (pemerintah). Maka, Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah telah menjadi sasaran Barat yang pertama untuk dimusnahkan dan digantikan dengan sistem kerajaan yang sedia ada kekal sehingga kini.

Bermulanya Revolusi Perancis & Perang Dunia Pertama, maka bertitik tolak dari sinilah wujudnya Kerajaan Sekular di dunia dimana ‘Khilafah’ Pope di Vatican di gulingkan melalui Revolusi Perancis atas nama Renaissance dan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah digulingkan melalui Perang Dunia Pertama. Maka, muncullah Negara Sekular Barat di Eropah dan Negara Islam Sekular di Turki & Semenanjung Arab akibat daripada runtuhnya empayar Khilafah Islam yang terakhir, dibawah ameer, al-Malik Sultan Abdul Hamid. Gerakan meruntuhkan empayar Khilafah Islam Turki ini dipelopori oleh golongan nasionalis Turki yang dipengaruhi oleh golongan berpendidikan Barat dan mereka menyerahkan tugas itu kepada gerakan Yahudi bawah tanah untuk melaksanakannya.

Kejatuhannya Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah (Ottoman) tidak akan berlaku jika tiada ‘campur tangan’ pemerintah-pemerintah (Syarif) di Semenanjung Hijaz (Tanah Arab) terhadap Negara Islam Sekular di Turki. Semenanjung Hijaz ketika itu di bawah pemerintah Abdul Aziz ibn Saud yang mana beliau turut menyertai Mustafa Kamal (Ataturk) untuk menolak kedaulatan Islam di Negara tersebut. Maka dengan terjadinya ‘campur tangan’ dari Abdul Aziz ibn Saud yang menyokong gerakan nasionalisasi terhadap Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah, maka satu-satunya jiwa kepada Negara Islam Dunia (Tanah Arab) memilih untuk menukar sistem pemerintahan kepada model negara sekular. Dengan kelahiran Negara Sekular Arab Saudi maka berakhirlah Dar al-Islam yang mana diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW . Maka, Arab kini tidak lagi bernaung dibawah pemerintahan Kerajaan Islam Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah setelah mendapat kemerdekaan dan menamakan Semenanjung Hijaz dengan nama Arab Saudi, sempena nama keluarga Pemerintah Abdul Aziz , iaitu as-Saud.

Dalang disebalik kejayaan Negara Sekular Islam wujud di Tanah Arab adalah Britain! (Lokasi Dajjal, sehari sama seperti setahun).  Britain menyedari hakikat bahawa betapa pentingnya untuk memecahkan hati-hati umat Islam yang bersatu arah di Tanah Haram (Makkah & Madinah)adalah bermula dengan menjatuhkan Khilafah Islam di Turki dan tidak menajtuhkan Makkah & Madinah kerana disitu terlataknya tempat ibadah umat Islam seluruh dunia kerana dibimbangi sentiment agama tercetus. Maka cara helah diadakan bagi menawan Tanah Haram (Makkah & Madinah) iaitu dengan melihat kepada siapa umat Islam (Makkah & Madinah) bernaung. Jawapannya adalah Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah . Ini kerana seluruh umat Islam di dunia ketika itu bernaung di bawah Khilafah Islam Turki di bawah satu pemerintah (ameer). Britain perlu memecahkan pentadbiran syarif-syarif di Semenanjung Hijaz dan Tanah Haram bagi melemahkan survival Kerajaan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.

Kisah Ashab Kahfi & Ar-Raqim

Bila baca Surah Kahfi, teringin pulak nak tahu kisah Ashab Kahfi dan Ar-Raqim nih seperti yang disebut oleh Allah Rabbul Izzati:

[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Mari kita lihat kisah mereka...

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masih ada di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebutkan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus menganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Hayati 10 ayat surah Al-Kahfi

10 AWAL DAN AKHIR AYAT SURAH AL-KAHFI

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. tentang Dajjal

Sumber asal : http://bahterawawasan.blogspot.com/

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.

Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
  
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”