Thursday, December 29, 2011

Misteri Pasukan Panji Hitam

Misteri pasukan panji hitam ,
Kemunculan yang dinanti ,
Kemunculan yang digeruni ,
Kemunculan yang pasti ,
Kemunculan yang masih misteri ,
Pasukan misteri yang siap siaga ,
Siang bagai kumpulan sang singa ,
Sedang malam merintih sengsara ,
Insafi akan kerdilnya jiwa .

Misteri pasukan panji hitam ,
Diburu dan juga terus memburu ,
Membakar jiwa setiap seteru ,
Berbekal iman , amal dan ilmu ,
Agar mereka menjadi debu .

Tanda Akhir Zaman di Makkah.

Didalam buku “The Caliphate, The Hejaz and the Saudi-Wahhabi Nation-State” karya Ulama’ terkenal, Sheikh Imran Hosein menegaskan bahawa antara punca runtuhnya Kerajaan Khilafah Islam terakhir di  Turki (Ottoman Empire) adalah disebabkan Kerajaan Saudi-Wahhabi. Proses untuk mengurangkan kuasa Islam di dunia adalah dengan memunculkan Tamadun Sekular Barat dengan meruntuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah didalam sistem kehidupan awam yang bernaung dibawah satu panji dan satu ameer (pemerintah). Maka, Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah telah menjadi sasaran Barat yang pertama untuk dimusnahkan dan digantikan dengan sistem kerajaan yang sedia ada kekal sehingga kini.

Bermulanya Revolusi Perancis & Perang Dunia Pertama, maka bertitik tolak dari sinilah wujudnya Kerajaan Sekular di dunia dimana ‘Khilafah’ Pope di Vatican di gulingkan melalui Revolusi Perancis atas nama Renaissance dan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah digulingkan melalui Perang Dunia Pertama. Maka, muncullah Negara Sekular Barat di Eropah dan Negara Islam Sekular di Turki & Semenanjung Arab akibat daripada runtuhnya empayar Khilafah Islam yang terakhir, dibawah ameer, al-Malik Sultan Abdul Hamid. Gerakan meruntuhkan empayar Khilafah Islam Turki ini dipelopori oleh golongan nasionalis Turki yang dipengaruhi oleh golongan berpendidikan Barat dan mereka menyerahkan tugas itu kepada gerakan Yahudi bawah tanah untuk melaksanakannya.

Kejatuhannya Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah (Ottoman) tidak akan berlaku jika tiada ‘campur tangan’ pemerintah-pemerintah (Syarif) di Semenanjung Hijaz (Tanah Arab) terhadap Negara Islam Sekular di Turki. Semenanjung Hijaz ketika itu di bawah pemerintah Abdul Aziz ibn Saud yang mana beliau turut menyertai Mustafa Kamal (Ataturk) untuk menolak kedaulatan Islam di Negara tersebut. Maka dengan terjadinya ‘campur tangan’ dari Abdul Aziz ibn Saud yang menyokong gerakan nasionalisasi terhadap Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah, maka satu-satunya jiwa kepada Negara Islam Dunia (Tanah Arab) memilih untuk menukar sistem pemerintahan kepada model negara sekular. Dengan kelahiran Negara Sekular Arab Saudi maka berakhirlah Dar al-Islam yang mana diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW . Maka, Arab kini tidak lagi bernaung dibawah pemerintahan Kerajaan Islam Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah setelah mendapat kemerdekaan dan menamakan Semenanjung Hijaz dengan nama Arab Saudi, sempena nama keluarga Pemerintah Abdul Aziz , iaitu as-Saud.

Dalang disebalik kejayaan Negara Sekular Islam wujud di Tanah Arab adalah Britain! (Lokasi Dajjal, sehari sama seperti setahun).  Britain menyedari hakikat bahawa betapa pentingnya untuk memecahkan hati-hati umat Islam yang bersatu arah di Tanah Haram (Makkah & Madinah)adalah bermula dengan menjatuhkan Khilafah Islam di Turki dan tidak menajtuhkan Makkah & Madinah kerana disitu terlataknya tempat ibadah umat Islam seluruh dunia kerana dibimbangi sentiment agama tercetus. Maka cara helah diadakan bagi menawan Tanah Haram (Makkah & Madinah) iaitu dengan melihat kepada siapa umat Islam (Makkah & Madinah) bernaung. Jawapannya adalah Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah . Ini kerana seluruh umat Islam di dunia ketika itu bernaung di bawah Khilafah Islam Turki di bawah satu pemerintah (ameer). Britain perlu memecahkan pentadbiran syarif-syarif di Semenanjung Hijaz dan Tanah Haram bagi melemahkan survival Kerajaan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.

Kisah Ashab Kahfi & Ar-Raqim

Bila baca Surah Kahfi, teringin pulak nak tahu kisah Ashab Kahfi dan Ar-Raqim nih seperti yang disebut oleh Allah Rabbul Izzati:

[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Mari kita lihat kisah mereka...

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masih ada di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebutkan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus menganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, di sebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Hayati 10 ayat surah Al-Kahfi

10 AWAL DAN AKHIR AYAT SURAH AL-KAHFI

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. tentang Dajjal

Sumber asal : http://bahterawawasan.blogspot.com/

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.

Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
  
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”

Thursday, December 15, 2011

Kemunculan Imam al-Mahdi (Part II)


Sebahagian dari Tanda-tanda Akhir Zaman
Pertama kali harus dikatakan bahawa kepercayaan tentang adanya Dajjal dan Imam Mahdi memang memiliki dasar yang kuat dalam hadis-hadis, baik Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dll. Masalah Dajjal, turunnya Isa bin Maryam, dan Munculnya Al-Mahdi adalah berkaitan dengan tanda-tanda hari kiamat. Bilanya terjadi Saat itu Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahuinya, akan tetapi beliau banyak memberi gambaran tentang tanda-tanda Saat itu supaya umatnya lebih bersedia dan membuat persiapan yang benar dan betul, di antaranya adalah kemunculan Dajjal, turunnya Isa a.s dan Al-Mahdi.

Hudhaifa b. Usaid Ghifari meriwayatkan, Rasulullah mengatakan Hari Kiamat tidak akan datang sehingga muncul 10 tanda dan beliau menyebutkan : munculnya asap, Dajjal, makhluk melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam as, Ya'juj Ma'juj, retakan tanah di tiga tempat, barat, timur dan di Arabia .... (Sahih Muslim, kitab Al-Fitan)

Imam Mahdi dan Isa bin Maryam

Berkaitan dengan Imam Mahdi & Isa bin Maryam as, pelbagai riwayat menunjukkan sebagai berikut :
  • Imam Mahdi tidaklah sama dengan Isa as. Imam Mahdi bukanlah Isa bin Maryam, tetapi orang lain. Imam Mahdi akan turun dari kalangan Ahlul Bait (keturunan Nabi). Hal ini berdasarkan berbagai hadis Abu Daud, Trimidzi, Ahmad, Al-Hakim, dll.

Kemunculan Imam al-Mahdi. (Part 1)


Terdapat segelintir umat Islam yang salah dalam membuat tafsiran dari Ulama Islam seperti Ibn Khaldun dan Dr. Muhammad Iqbal yang menolak kepercayaan tentang kemunculan Imam al-Mahdi. Tidak terdapat keraguan bahawa terdapat juga umat Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan dengan ilham mimpi dan pemerhatian hati nurani tentang pengetahuan terhadap kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman. Walaubagaimanapun, pembaca harus meneliti dahulu setiap maklumat akhir zaman secara bijaksana dan hikmah, dan tiada paksaan untuk mana-mana individu dalam mempercayai tentang kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman. 

Harus diakui bahawa terdapat banyak keraguan dan kesamaran yang jelas terhadap bahan-bahan ilmiah di pasaran sekarang tentang kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman. Ia merupakan suatu 'kisah' dan bukan sepenuhnya terbit dari fakta yang sebenar. Apa yang sepatut dan seharusnya dikaji dan diteliti oleh setiap dari kita adalah petunjuk yang sahih dan benar yang terkandung dalam al-Quran & Hadith. Dengan pendekatan menggunakan 2 sumber ini, kita mestilah bijak dalam membuat hubung kait dalam kehidupan kini yang kita huni di akhir zaman supaya dengan NUR dari Allah, kita dapat membuat gambaran yang sebenar tentang kehidupan yang kita huni sekarang dengan fasa-fasa kedatangan Imam al-Mahdi.

Subjek kemunculan Imam al-Mahdi adalah merupakan subjek terpenting di akhir zaman untuk dikaji dan diselidiki. Di dalam data yang dikumpul dari 2 sumber ini (al-Quran & Hadith), ia memberi gambaran yang jelas tentang integrasi yang jelas terkandung tentang perkara-perkara yang penting yang akan berlaku di akhir zaman, iaitu kembalinya Isa a.s al-Masih yang benar, dan kemunculan agung yang hampir serentak oleh Imam al-Mahdi. Harus diingati, dengan Kebijaksanaan Allah SWT, bahawa Allah SWT telah menciptakan Dajjal al-Massih yang palsu sebagai balasan terhadap orang-orang Yahudi yang kufur kepada-Nya. Misi Dajjal al-Masih yang palsu tidak akan selesai selagi tiada seorang manusia yang mengistiharkan dirinya Al-Masih yang dijanjikan di Jerusalem.

Kemunculan Yakjuj & Makjuj @ Gog & Magog. (Part VI)

Bukti Kemunculan Yakjuj & Makjuj.
  
Khazar-Zionist.

Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari golongan Ya’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilee telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.

Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…”; al-Anbiyaa’:95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Peringkat-peringkat kemunculan al-Massih ad-Dajjal (Part V)

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah:

“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.
(HR Muslim)

Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringkat, iaitu:

                                                                        1 hari = Setahun

                                                                        1 hari = Sebulan

                                                                        1 hari = Seminggu

                                                                   37 hari =  Seperti hari kita

Tuesday, December 13, 2011

Misi al-Massih ad-Dajjal: The Anti-Christ/The False Messiah (Part IV)

al-Massih ad-Dajjal (The Anti-Christ & The False Messiah) .

Dajjal adalah makhluk 'wujud' dan diciptakan oleh Allah SWT dengan kebijaksaan-Nya dan Allah SWT telah mengurniakan Dajjal kuasa yang menakjubkan. Dajjal telah dicipta semenjak penciptaan Adam a.s. dan Dajjal akan dilepaskan semasa akhir zaman (telah dilepaskan di zaman kehidupan Rasulullah SAW). Dajjal mempunyai dua misi utama iaitu misi umum dan misi spesifik. Misi umum ialah untuk menguji semua manusia iaitu menguji tahap keimanan umat Islam. Mereka yang gagal dalam ujian Dajjal akan menuju ke dalam api neraka. Ujian Dajjal merupakan satu ujian yang sangat susah dan ia diberi perkhabaran oleh setiap Nabi dan Rasul sejak dari penciptaan Adam a.s lagi. Fitnah Dajjal merupakan fitnah yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia sejak dari zaman umat Nabi Adam a.s hingga zaman umat Nabi Muhammad SAW. Misi spesifik Dajjal pula ialah untuk menyamar sebagai al-Massih (The Messiah) dalam usahanya untuk menyakin Bani Israel bahawa dialah al-Massih (The Messiah)

Untuk memahami Dajjal dan kapasitinya sebagai al-Massihu Dajjal, kita hendaklah memahami terlebih dahulu siapakah itu sebenar al-Massih. Selepas Bani Israel telah tinggal dan menghuni di Tanah Suci dan selepas Nabi Daud a.s menubuhkan Negara Israel (Nabi Daud merupakan seorang muslim dan negara Israel ini adalah Islamik) juga selepas Nabi Sulaiman a.s mengangkat Negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang terunggul yang pernah disaksikan dalam sejarah dan juga selepas Bani Israel melalui Zaman Kegemilangan-nya, mereka kemudiannya telah melakukan kemungkaran iaitu melanggar perintah Allah SWT dengan melakukan banyak dosa terhadap-Nya. Lantas, Allah SWT menghalau mereka keluar dari Tanah Suci. Surah ke-17 dalam al-Quran menceritakan tentang ini:

Sea of Galilee akan kering (Part III)

Kedua, ialah Sea of Galilee akan kering. (penanda aras kedatangan Imam Mahdi & kemunculan Isa a.s)

Israel akan menguasai dunia dan Dajjal akan muncul menguasai dunia hanya apabila Sea of Galilee/Tasik Kinneret menjadi kering. Ia adalah laut/tasik yang terbesar dan menjadi sumber air di Tanah Suci. Berdasarkan ramalan saintis Yahudi (ramalan yang tidak berpandukan dengan hadis nabi), iaitu Sea of Galilea akan kering lebih kurang 30-40 tahun akan datang akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya. (pendapat yang dikemukan Sheikh Imran dalam bukunya pula ialah ia akan kering kurang dari 50 tahun dari sekarang)

 Berapakah paras air itu sekarang? Adakah ia semakin surut? Sheikh Imran Hosein memberitahu bahawa beliau membaca Jerusalem Post setiap hari di Internet untuk mengetahui paras air di Laut Galilee. Sekarang paras airnya sangat rendah dan tidak pernah terjadi dalam sejarah. Buat pertama kalinya Israel mengistiharkan bahawa mereka menjangkakan air akan semakin pada musim panas ini sehinggalah air di Laut Galilee itu tidak boleh dijana lagi.

Berapa lama lagikah kita perlu tunggu untuk air itu kering? Sheikh Imran Hosein memberitahu bahawa beliau menganggarkan hanya sedikit masa saja lagi yang tinggal. Dan berapa banyak air lagi yang akan tersejat oleh matahari? Dan beliau membuat kesimpulan berdasarkan apa yang berlaku di Laut Galilee, ia tidak akan mengambil masa selama seratus tahun. Tidak mungkin. Ia hanya mengambil masa kurang dari 50 tahun untuk air di situ kering. Apabila air itu telah kering yang mana beliau percaya akan berlaku kurang daripada 50 tahun, dunia akan menyaksikan kemunculan Imam al-Mahdi dan apabila beliau muncul, Nabi Isa a.s akan diturunkan iaitu al-Massih yang sebenar! Apabila Nabi Isa a.s diturunkan, beliau akan membunuh Dajjal dan Yakjuj & Makjuj akan dihapuskan.

Hadis Sahih Muslim, Tamim ad-Dari bertemu Dajjal. (Part II)

Hadis Sahih Muslim @ Hadis Tamim ad-Dari. (Manifestasi kemunculan al-Massih ad-Dajjal)

Hadith Sahih ini diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW. Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini dalam bentuk cerita:

Pada suatu hari, selepas menunai solat fardhu, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. "Aku akan memberitahu kalian tentang apa yang pernah aku katakan dahulu, telah diberi kepastian oleh seorang pemuda". Baginda SAW menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan (Sheikh Imran memberi pendapat bahawa laut itu adalah Laut Mediterranean berdasarkan tempoh yang panjang untuk menjumpai daratan) dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil. (Sheikh Imran berpendapat bahawa Pulau itu adalah Britain)

Fasa Zaman-Zaman Umat Nabi Muhammad SAW. (Part I)

Mengikut Sebuah Hadith, Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”
“Kemudian beliau (Nabi) diam”.

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!

***Tanda-Tanda Kiamat Kecil

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

 3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Daulah Khilafah

Pada entri sebelum ini , pasti ada yang tertanya-tanya. Apakah yang dimaksudkan dengan khilafah ?



Khilafah (bahasa Arab: خلافة) adalah kepemimpinan, imamah, boleh juga disebut kekhalifahan. 
Ia merupakan satu bentuk pemerintahan Islam. Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan Khalifah.

Menurut al-Quran, segala sesuatu di bumi ini termasuk daya dan kemampuan yang dimiliki seseorang hanyalah kurnia daripada Allah SWT. Allah telah menjadikan manusia sebagai Khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) supaya 
mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keredhaan-Nya. Khalifah dianggap sebagai pewaris Nabi Muhammad SAW. 

Monday, December 5, 2011

Mari Mengenal Dunia Sebenar & Khilafah Islam Terakhir


One flag to rule them all !


Dalam sejarah pemerintahan Khilafah Islam sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 4 orang Khalifah dari Khulafa' Rasyidin, 14 Khalifah dari dinasti Umayyah, 18 Khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke Kaherah, yang dilanjutkan oleh 18 orang Khalifah. Setelah itu Khalifah berpindah kepada Bani Uthman (Uthmaniyyah). Dari Bani ini terdapat 30 orang Khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para Khulafa' Rasyidin dibandingkan dengan yang lain. Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-’Aziz, Harun ar-Rasyid, Sultan ‘Abdul Majid, Sultan Muhammad al-Fateh serta khalifah-khalifah yang masyhur dalam sejarah.

Panji Keagungan Umat Islam

Wahai Kaum Muslimin!

Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra ,

"Al-Liwa'uha baidho' wa ar-rayatuha sauda'!"
"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji baginda warnanya hitam."


Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para sahabat radhiallahu anhum dan para khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar! Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa Sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yag hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000! Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 6! Seorang tentera kaum muslimin terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar!

Monday, November 21, 2011

Imam Al-Mahdi And The Return Of The Caliphate

Imam Al-Mahdi And The Return Of The Caliphate

PART 1


Dajjal the False Messiah

Dajjal the False Messiah


PART 1


Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis ?

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.
Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.