Tuesday, December 13, 2011

Daulah Khilafah

Pada entri sebelum ini , pasti ada yang tertanya-tanya. Apakah yang dimaksudkan dengan khilafah ?



Khilafah (bahasa Arab: خلافة) adalah kepemimpinan, imamah, boleh juga disebut kekhalifahan. 
Ia merupakan satu bentuk pemerintahan Islam. Pemimpin atau ketua pemerintahannya dinamakan Khalifah.

Menurut al-Quran, segala sesuatu di bumi ini termasuk daya dan kemampuan yang dimiliki seseorang hanyalah kurnia daripada Allah SWT. Allah telah menjadikan manusia sebagai Khalifah atau wakil Allah (Yang Maha Memiliki) supaya 
mereka dapat menggunakan kurnia tersebut sesuai dengan keredhaan-Nya. Khalifah dianggap sebagai pewaris Nabi Muhammad SAW. 

 Hadis Kembalinya Daulah Khilafah

Hadis Imam Ahmad, juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man bin Basyir;

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah).

Kemudian baginda (Nabi Muhammad) diam.

[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nu'man bin Basyir dari Hudzaifah]

Struktur Daulah Khilafah

Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah.

Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 80 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam.

Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat mengetahui struktur sebenar Daulah Islam.

Berikut adalah struktur sistem pemerintahan Islam yang akan bangkit kembali:

1. Khalifah
2. Mu'awin at-Tafwidh (Pembantu Pemerintahan)
3. Mu'awin at-Tanfiz (Pembantu Pentadbiran)
4. Al-Wulat (Wali-wali)
5. Amirul Jihad (Ketua Turus Angkatan Tentera)
6. Da'irah al-Amni (Jabatan Keamanan dalam Negeri)
7. Da'irah al-Kharajiyah (Jabatan Luar Negeri)
8. Da'irah as-Sina'ah (Jabatan Perindustrian)
9. Al-Qadha' (Jabatan Kehakiman)
10. Al-Jihaz al-Idariy (Jentera-jentera Pentadbiran)
11. Baitul Mal
12. Da'irah al-I'lamiy (Jabatan Penerangan)
13. Majlis Syura (Majlis Umat)

Khalifah

Khalifah (bahasa Arab: خليفة) (bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah). Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amir al-Mu'minin (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya Empayar Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tidak lagi digunakan.

Syarat-syarat In'iqad Seorang Khalifah

Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani dalam kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi Khalifah dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi Khalifah atau disebut sebagai syarat in'iqad. Jika ada satu saja kekurangan, maka akad pengangkatan Khalifah menjadi tidak sah. Adapun syarat tersebut ialah :

1. Muslim
2. Lelaki
3. Baligh
4. Berakal
5. Adil
6. Merdeka (bukan hamba)
7. Mempunyai kemampuan memimpin negara (Daulah Islamiyyah)

Syarat Perlantikan Khalifah

Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membai'at seseorang, ia sah sebagai Khalifah asalkan memenuhi syarat berikut:

1. Memenuhi syarat in'iqad seorang Khalifah.
2. Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
3. Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
4. Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun  bertahap-tahap.

No comments:

Post a Comment